Sabtu, 24 Julai 2010

Nampak hebat , Tetapi...


"Personaliti Unggul,Bicarakan Minda" itu lah tajuk saya cari dan saya guna membuat program semasa memegang jawatan Ketua Biro Kerohanian dan Kaunseling di zaman study dahulu.,namun kehidupan manusia ini berbeza-beza.Ramai orang menilai seseorang dengan paras rupa dan keterampilan seseorang hanya dari segi luaran sahaja.Setelah mengenali baru tahu bagaimana akhlak dan peribadi seseorang itu.Dari segi percakapan dan cara keterampilan nampak hebat.Namun ianya hanyalah luaran semata-semata.Setengah-tengah ada yang mengatakan "orang lama" atau "senior" atau "makan garam" namun adakah dengan ini melambangkan peribadi seseorang itu baik??.Segelintir mungkin ada,yang selebihnya apa jadi??.Kenapa jadi sebegini??Bila sudah senior atau makan garam dahulu.Maka tidak boleh ditegur atas kesilapannya.Sedangkan apa yang dibuat nya adalah salah malah melanggar perintah agama.Jika ditegur maka keluarlah kata"budak lagi"mentah lagi"belum makan asam garam".Dari segi apa-apa pun semua tahu.Apa sahaja terjadi semua tahu.Sampaikan bab agama pun dikata-katakan macam2.Walhal ilmu nya tiada pun tentang itu.Hanya mendengar dari orang dan tidak dirujuk dan mempelajari nya.

Kekuatan dan kehebatan seseorang sebenarnya bergantung kepada kekuatan peribadinya. Dalam Islam, seseorang itu dikira hebat atau kuat apabila tinggi akhlaknya. Sebaliknya apabila rendah akhlaknya maka seseorang itu tidak dipandang tinggi. Nilaian ini sebenarnya diakui oleh semua masyarakat manusia zaman berzaman sebelum dan selepas kedatangan Islam. Cuma apabila kehidupan manusia lebih tertumpu kepada kebendaan (material) nilaian ini berubah sedikit demi sedikit sehingga yang lemah pada hakikatnya tetapi dipandang hebat apabila dia berjaya mempromosi dirinya sehingga dilihat hebat. Sebaliknya yang kuat tidak dipandang hebat apabila gagal mempamerkan kehebatannya.Itulah realiti nya.

Dalam hal ini sebenarnya al-Quran dan al-Sunnah diturunkan adalah untuk mengajar manusia tentang asas-asas penilaian tersebut.Sifat Amanah, Jujur, Benar, Adil, Setia Pada Janji, Iffah, Berani, Kuat Kehendak, Rajin, Sabar, Bersedia Untuk Berkorban, Tekun, Teliti, Tenang, Lemah Lembut dll adalah merupakan asas-asas akhlak yang penting kepada peribadi seseorang. Kekuatan dan kehebatan peribadi seseorang sebenarnya berdasarkan sejauh mana kuatnya sifat-sifat tadi dalam dirinya. Begitu juga setiap sifat tadi dan kekuatannya akan melahirkan perilaku dan peribadi seseorang. Jika kuat maka kuatlah peribadinya dan jika lemah maka lemahlah peribadinya.

Islam datang hanya menyempurnakan ketinggian akhlak tersebut dari segi meletakkan asas yang bertunjangkan aqidah beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta mengajar manusia bagaimana cara perlaksanaan yang betul kepada nilai akhlaq tersebut. Semuanya terkumpul di dalam Iman, Islam, Taqwa dan Ihsan yang pada teorinya keempat-empat perkara tadi boleh disusun tertibkan antara satu sama lain tetapi pada hakikatnya ia terjelma dalam bentuk satu adunan di alam praktikal dalam peribadi seseorang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan