Jumaat, 16 Julai 2010

RAGAM

(GAMBAR PERHIASAN)

Alhamdulillah dan syukur kepada tuhan kerana masih memberi peluang kepada diri ini untuk bernafas di bumi yang fana ini.Hampir 1 tahun lebih diri ini tidak menaip artikel di blog ini. Setelah mendapat perkerjaan di kawasan pedalaman Sarawak. Pelbagai ragam manusia dijumpai selama 1 lebih berkhidmat di kawasan pedalaman ini. Subhanallah hebat nya kuasa Allah kerana melihat ditengah-tengah hutan yang tebal di negeri Sarawak ini terdapat 1 kehidupan manusia seperti biasa. Sedangkan ulat di dalam batu pun Allah jaga apatah lagi manusia. Bertapa sayang nya Allah kepada makhluk nya. Tetapi adakah manusia pun begitu juga kepada Allah? ermm tepuk dada tanya IMAN.

Selama beberapa bulan ini saya berjumpa 3 ragam manusia. Ingin saya kongsikan kepada pembaca blog ini untuk dijadikan tauladan kepada kehidupan kita.


RAGAM 1:
Semasa sedang berehat saya terdengar seseorang berkata "orang malaysia ni tak pandai serik,sudah kena serang oleh israel semasa konvoi kapal itu hari, ni nak pegi lagi". Mendengar kata-kata ini..kecewa rasa hati ini kerana yang berkata itu sendiri pun orang islam sendiri. Tidak kah dia sedar bahawa membantu umat islam sendiri yang dalam kesusahan adalah satu kewajiban kita?apatah lagi membantu agama sendiri akan mendapat ganjaran SYAHID disisi Allah. Subhanallah alangkah mulia nya kerja tersebut. Kemana pergi nya pemikiran manusia seperti ini tentang agama sendiri. Tidak kah dia berasa malu dengan agama lain?dan berkata sedemikian dihadapan khalayak org yang bukan beragama islam. Tidak kah dia tahu SIRAH/SEJARAH Islam sedangkan dia bergama islam. Mengapa sejarah-sejarah sesebuah negara untuk bola sepak boleh tahu?berapa banyak kemenangan yang diperolehi oleh sesebuah negara utk bola sepak boleh tahu?tapi sejarah agama sendiri pun tak tahu. Kecewa melihat orang yang sedemikian. Moga-moga Allah memberi pertunjukan kepada nya.

Ragam 2:

Terdapat satu majlis akad nikah telah belansung. Kedengaran seseorang berkata “orang kalo nak angkat nikah mesti 1 nafas,lepas saja tok kadi baca lafaz si pengantin kena terus ikut lafaz akad nikah tersebut dengan 1 nafas” mendengar kata-kata tersebut,saya terasa terkejut juga. Hebat juga pengantin ni nak buat lafaz akad nikah dengan 1 nafas sahaja. Entah mane datang nye hadith atau Al-Quran yang mengatakan kalo nak akad nikah kena 1 nafas sahaja. Rasa-rasa nya kalau macam nilah pengantin nak kawen memang ramai yang kena ready tarik nafas panjang-panjang sebelum nak kawen. Hairan melihat keadaan sebegini. Manusia sudah pandai berkata-kata dan pandai ber andaian tanpa merujuk Al-Quran dan Sunnah. Jika ada orang yang kurang ilmu, sudah pasti ianya menjadi 1 ilmu baru bagi nya, kemudian dia akan menyebar2kan kepada rakan2 yang lain.

Ragam 3:

Suatu majlis bakal berlansung,pelbagai persiapan sedang dibuat. Sedang asyik membuat persiapan pelbagai buah fikiran yang diberikan bagi mencantikan majlis tersebut. Salah satu buah fikiran yang membuat saya berfikir sejenak. “ kalo nak buat majlis2 islamic macam ni perlu ada warna hijau,sebab islam ni warna hijau”..erm mendengar kata-kata tersebut saya masih lagi buat tak endah lagi. Setelah balik kerumah dan berehat setelah penat dengan persiapan tadi. Saya teringat dengan kata-kata tadi. Benarkah Islam ini dilambangkan dengan warna hijau?? 1 kemusykilan bagi saya tentang perkara tersebut. Setakat ini belum ada lagi saya baca atau menerima ilmu tentang mengatakan warna hijau itu melambangkan Islam. Maka adakah ianya soheh atau tidak,ianya belum pasti. Moga-moga saya akan mendapat jawapan nya nanti.

Semoga artikal ini adalah sebagai tauladan bagi kita dalam berkata-kata yang kita sendiri belum tahu dengan ilmu nya. Ianya bukalah memburuk2kan seseorang tetapi ia hanya untuk perkongsian suatu pengalaman dengan kejadian seperti ini agar kita berhati-hati dalam kata-kata untuk menyampaikan sesuatu ilmu kepada orang ramai. Hendaklah kita mendalami dahulu ilmu tersebut sebelum menyampaikannya. Semoga Allah merahmati kehidupan kita didunia dan akhirat.